KUALA LUMPUR: Bekalan telur dalam negara ketika ini telah berada pada tahap melebihi permintaan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) telah melaksanakan kerjasama strategik dengan 11 pembekal utama telur ayam di seluruh negara bagi mendapatkan bekalan yang mencukupi.
Jelas beliau, Fama mempunyai kapasiti untuk membekalkan sebanyak 1.33 juta biji seminggu yang diedarkan terus ke premis peruncitan Fama serta melalui kerjasama strategik dengan perantara pasaran.
“Saya telah mengarahkan agar pihak Fama membuka lebih banyak pasar tani mengikut kepadatan penduduk di satu-satu kawasan.
“Fama telah diarahkan untuk membuka mengikut nisbah penduduk di mana Fama harus mempunyai perancangan membuka 1,391 pasar tani ini, ditumpukan di kawasan berpenduduk tinggi di Semenanjung.
“Manakala, untuk Sabah dan Sarawak, Fama telah mencuba untuk (membuka) pasar tani tetapi Sabah dan Sarawak lebih berminat dengan pasar tamu. Jadi pelarasan dapat dilakukan,” katanya di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Bilangan 3 di ibu negara, hari ini.
Jelas Ahmad Zahid, sehingga 8 Mei lalu sebanyak 28.10 juta biji telur ayam telah diedarkan kepada pengguna.
Bekalan tersebut, ujarnya diedarkan ke 369 premis pemasaran Fama seperti Pasar Tani, Pasar Tani Kekal dan Agrobazaar Kedai Rakyat.
“Selain itu 59 peratus dari bekalan (16.58 juta biji) telah diedarkan melalui usaha pengaturan pasaran Fama bersama usahawan-usahawan pemasar,” tambah Ahmad Zahid.
Mengenai penguatkuasaan pula, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, beberapa langkah telah dilakukan untuk mengekang pencatutan harga, selain isu penyeludupan barangan bersubsidi telah berada pada tahap yang cukup baik.
Sementara itu berhubung pelaksanaan subsidi bersasar, Ahmad Zahid berkata ia telah pun dilaksanakan secara berfasa terhadap produk-produk tertentu.
"Mana-mana perkhidmatan atau produk untuk subsidi bersasar itu, kita telah jalankan.
"Terdapat beberapa langkah lain untuk subsidi bersasar yang dibentangkan kepada Kabinet dan pelaksanaannya akan dilakukan mengikut tempoh waktu yang telah ditetapkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup," katanya.
Hasimi Muhamad
Thu May 18 2023
Ahmad Zahid berkata, Fama telah melaksanakan kerjasama strategik dengan 11 pembekal utama telur ayam di seluruh negara bagi mendapatkan bekalan yang mencukupi. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
[LAPOR LANGSUNG] Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Berita terkini insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang yang lain, pada Sabtu.
Filem terbaharu ‘The Experts’ tampil pelakon hebat, genre berlainan buat peminat
Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.
Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Bekalan telur dan ayam pulih - Mohamad Sabu
Bekalan telur dan ayam kini kembali pulih selepas melepasi tahap getir bekalannya, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Muhyiddin Yassin mula ternak ayam...
Tan Sri Muhyiddin mula ternak ayam penelur sebagai salah satu kaedah untuk menyelesaikan masalah bekalan telur di pasaran.
DUN Perak: Bekalan daging, telur di Perak stabil - Exco
Pengeluaran bekalan daging serta telur ayam dan itik di Perak berada pada tahap stabil dan melebihi kadar sara diri negeri bagi tempoh lima tahun.
Bekalan telur lebihi permintaan, Fama akan buka lebih 1,300 pasar tani - Zahid
Bekalan telur dalam negara ketika ini telah berada pada tahap melebihi daripada permintaan.
Bekalan telur ayam bagi sambutan Aidilfitri mencukupi - DVS
DVS sentiasa komited dalam memastikan bekalan telur ayam negara terus stabil dan sentiasa prihatin terhadap keperluan serta kebajikan rakyat Malaysia.
Senarai 30 barang kawalan sempena Aidilfitri diumum 13 April - Salahuddin
Salahuddin berkata senarai barangan itu turut termasuk bahan utama dalam pembuatan kuih raya.
Bekalan telur sepanjang Ramadan, Aidilfitri mencukupi - FAMA
Pengeluar cuba untuk memenuhi keperluan pengguna tetapi penghasilan bagi telur gred tersebut juga bergantung kepada umur ayam yang diternak.
Lebih 18 juta telur ayam diedarkan FAMA sejak November 2022
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengedarkan sebanyak 18.06 juta biji telur ayam untuk dipasarkan melalui 368 outlet peruncitannya sejak November tahun lepas hingga hari ini.
Gara-gara telur Ka Siong terima surat saman
Ka Siong bingung hanya kerana utarakan masalah rakyat di Dewan Rakyat, beliau disaman pengimport telur dari India.
Kerajaan akan kaji subsidi ayam, telur Jun ini - Mohamad Sabu
Setakat ini sebanyak RM1.8 bilion subsidi telah diperuntuk kepada penternak dan pengeluar terlibat dan ia dijangka meningkat melebihi RM2 bilion sehingga Jun ini.